Prestasi membanggakan: PM beri bayangan peruntukan KPKM ditambah dalam Belanjawan 2027

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan ditambah dalam Belanjawan 2027, susulan prestasi kementerian itu yang membanggakan tahun ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk memastikan program memperkasakan sektor pertanian di negara ini terus diberi perhatian.

“Sebab Kerajaan MADANI memberi tumpuan khas kegiatan perkembangan program kementerian ini dan apa yang digesa oleh Datuk Seri Mohamad Sabu (Menteri KPKM) saya fikir dalam merangka belanjawan bulan Oktober ini.

“Sekadar perbincangan awal kita, dalam apa saya sebutkan tadi beberapa tonggak dan ikhtiar baharu kementerian dan prorgam pertanian ini masih merupakan fokus dan saya percaya peruntukan itu harus ditambah sesuai pretasi membanggakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang hari ini.

Yang turut hadir, Mohamad serta barisan jemaah menteri dan pengurusan tertinggi pelbagai kementerian dan agensi.

Anwar turut menyifatkan pelaksanaan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah penganjurannya.

Edisi kali ini mencatatkan lebih 4.3 juta pengunjung dengan nilai jualan keseluruhan RM66.88 juta.

“Ternyata MAHA 2026 dengan pasukan hebat tahun ini mencatat kemajuan tertinggi dalam sejarah, tapi kelainannya menarik perhatian kerana penyertaan peladang, petani, pelabur, pengusaha dari pelbagai sektor industri pertanian dan penyertaan rakyat keseluruhannya.

“Maknanya kalau nak bangunkan negara ini, saya tidak tahu ada lagi tidak apa-apa pameran dan sambutan begini boleh mencecah hampir 5 juta pengunjung,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here