Belanjawan 2027: Penanda aras gaji sara hidup naik RM3,400

SYARIKAT pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meningkatkan penanda aras gaji sara hidup kepada RM3,400 sebulan berbanding RM3,100 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 230,000 pekerja.

Menurut beliau, beberapa majikan dalam sektor utama termasuk perbankan serta minyak dan gas turut mengambil langkah menetapkan kadar gaji yang lebih wajar.

“Majikan sektor swasta diseru mengikuti pendekatan sama bagi memastikan pekerja menerima pendapatan lebih bermaruah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here