Katie Zacharia letak jawatan Setiausaha Akhbar Rumah Putih hanya beberapa hari dilantik

SETIAUSAHA Akhbar Rumah Putih Katie Zacharia meletak jawatan selepas hanya beberapa hari memegang jawatan itu, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kepada agensi berita Jerman (dpa) pada Jumaat.

Terdahulu pada Jumaat, Presiden AS Donald Trump membayangkan bahawa Zacharia mungkin tidak akan kekal lama dalam jawatan berkenaan.

“Saya memberitahunya secara terus terang, jika saya berada di tempatnya, saya akan mempertimbangkan semula,” kata Trump kepada pemberita di luar Rumah Putih, sambil menyatakan pandangannya bahawa Zacharia menerima layanan buruk daripada media.

Zacharia berdepan kritikan selepas mengadakan sidang media pertamanya pada Selasa yang berlangsung singkat dan mendapat pelbagai reaksi negatif.

Beliau kemudiannya menjadi perhatian susulan persoalan yang dibangkitkan mengenai kelayakannya dalam bidang perundangan, sebelum mengakui pada Khamis bahawa beliau pernah gagal dalam peperiksaan kelayakan untuk menjadi peguam.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau mahu mengetahui perkara itu sebelum melantik Zacharia, Trump tidak memberikan jawapan secara langsung.

Beberapa kenyataan Zacharia turut menarik perhatian di luar negara, termasuk di China.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning mengundang Zacharia melawat negara itu selepas Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa China tidak mempunyai “kemudahan tandas yang sempurna”.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here