Mahukan kita guna politik Pak Kaduk,  menang sorak kampung tergadai?

Oleh  Dr Muhammed Fauzi bin Othman

SEBENARNYA kita perlu keluar daripada budaya politik emosi kepada politik berintegriti dan budiman. Kita perlu didik bangsa Malaysia agar menjadi masyarakat yg matang, bertata-susila dan adil.

Oleh kerana masyarakat Malaysia masih terikat dgn emosi, fanatisme kaum dan agama maka kita melihat isu ini sering menjadi modal politik utk mendapat sokongan. Balas, kita melihat politik pembangunan, pendidikan dan kemajuan sudah ditinggalkan.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sering tajuk pembangunan, pendidikan dan perpaduan diutarakan dan dibincangkan sehingga pengenalan Wawasan 2020 menzahirkan impian untuk menjadi negara maju dan berpendidikan tinggi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula membawa penghadan membina negara Islam Hadhari iaitu pendekatan ketamadunan. Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa idea 1Malaysia tapi pentadbirannya dicemarkan oleh banyak kes salahlaku, tata kelolaan lemah dan rasuah.

 Ini menyebabkan agenda transformasi terutamanya utk masyarakat Melayu semakin dipinggirkan. Kesenjangan golongan kaya-miskin semakin melebar serta perbezaan pendapatan antara kaum semakin ketara.

Dalam sesetengah pihak, politik pembangunan, kemajuan dan berintegriti sudah mula dilupakan. Kesan kesenjangan pendapatan akhirnya membawa kepada perangkap pendapatan rendah dan ini semakin meninggikan kesangsian antara kaum.

Bagi ahli politik tertentu, bagi mendapatkan sokongan dan modal politik mudah maka “racial card” menjadi pilihan. Kalau diperhatikan, kebanyakan pemimpin yang difitnah atau dicaci datang dari satu kaum sementara tukang fitnah dan caci pula daripada satu kaum yang lain.

 Ini berlaku kerana penjajah Inggeris telah mengasaskan politik berdasarkan kaum sejak sebelum merdeka lagi. Sehingga kini masyarakat Malaysia masih tidak dapat keluar dari budaya ini.

Jadi untuk mendapatkan sokongan dan simpati, modal ini dieksploitasi sepenuhnya dari politik, ekonomi, sosial, kehadiran pendatang Rohingya, pendidikan pelbagai aliran, semuanya dilihat dari kacamata kaum.

Sebagai contoh, isu sekolah vernakular, dibakar melalui sentimen kaum, bukan perpaduan atau peningkatan kualiti pendidikan. Isu perobohan kuil diangkat sebagai isu kaum, bukan perundangan.

Isu kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak pula dilihat sedemikian sebab yang membawa onar ialah pihak yang selalu menggunakan isu ini bagi memfitnah lawan politiknya sedangkan ini isu yang amat besar.

Justeru kita melihat banyak pemimpin politik yang disabitkan kesalahan fitnah. Saya berpendapat mereka memang mahu disabitkan agar dilihat sebagai  jaguh dan adiwira. Namun ke mana sebenarnya nak dibawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.

Mahukan kita guna politik Pak Kaduk, , menang sorak kampung tergadai? Politik emosi memang mudah dan convinient tapi kesannya kita sudah dapat lihat di negara-negara seperti negara Afrika, India, Sri Lanka dan sebagainya.

1.⁠ ⁠Keruntuhan sistem ekonomi dan hilangnya kepercayaan dalam sistem kewangan.

2.terpinggirnya peningkatan kecekapan dan tatakelola yang mantap serta hilangnya Kesatuan cita-cita.

3.⁠ ⁠Musnahnya perpaduan yang boleh membawa kepada permusuhan dan perang saudara.

4.⁠ ⁠Tiada kemajuan dan pembangunan kerana sibuk menyemai bibit kebencian dan perseteruan. Isu pembangunan dan kesejahteraan. Sudah tidak diangkat. Sebaliknya negeri menjadi mundur dan kemiskinan meningkat.

5.⁠ ⁠Apabila perpaduan longgar, kepercayaan sesama kaum rendah maka kita akan mudah diresapi anasir-anasir dari luar dan mahukan negara kita kekal tidak stabil.

Ingatlah, keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang diusahakan berpuluh tahun boleh musnah dengan sekelip mata akibat watak-watak politik yang mengambil jalan singkat mendapat pengaruh dan kemenangan.

 Terlalu banyak nesan peradaban yang dapat kita jadikan teladan. Perpecahan, kehilangan hikmah dan kebijaksanaan, ketamakan dan hilangnya integriti dan budiman menjadi resepi kejatuhan meskipun dalam tamadun Islam silam.

*Penulis adalah pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here