PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM37,000, dua lelaki ditahan

DUA lelaki termasuk seorang warga Pakistan ditahan selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 19,960 batang rokok seludup bernilai lebih RM37,456 menerusi dua serbuan berasingan di Gual Ipoh dan Kampung Paralla Dua, Tanah Merah, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan oleh Batalion 9 PGA antara jam 4 hingga 5 petang itu dijalankan hasil risikan.

Menurutnya, serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Bukit Nangka, Gual Ipoh membawa kepada penahanan lelaki tempatan berusia 33 tahun selepas pihaknya menemukan 6,080 batang rokok seludup bernilai RM11,456.

“Suspek mendakwa memperoleh bekalan rokok itu daripada individu dikenali sebagai ‘Chong’ untuk dijual di sekitar Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, serbuan kedua di sebuah rumah kedai di Kampung Paralla Dua menemukan 13,880 batang rokok seludup bernilai lebih RM26,000.

Katanya, seorang lelaki warga Pakistan berusia 55 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan dan mendakwa rokok berkenaan dibekalkan oleh dua individu untuk dijual serta diedarkan.

Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ahmad Radzi berkata, tangkapan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here