Najib bayar denda RM50 juta hari ini?

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Harian Metro melaporkan sumber berkata, denda terbabit akan dibayar oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur  hari ini.

Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here