Perbezaan pandangan, pendirian politik tidak jejas pentadbiran kerajaan -Zahid

PERBEZAAN pandangan dan pendirian politik antara parti dalam kerajaan perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, hubungan kerja antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan kekal baik, dengan urusan pentadbiran kementerian serta mesyuarat Jemaah Menteri berjalan lancar secara profesional.

“Tiada permasalahan dari segi hubungan. Kami mengendalikan kementerian dan mengadakan mesyuarat Kabinet setiap minggu,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang bersempena dengan lawatan kerja empat hari ke Turki yang berakhir hari ini.

“Pelaksanaan urusan dan pentadbiran kerajaan dilakukan secara profesional, dan tidak pernah timbul perbezaan pendapat ataupun perbalahan sepanjang lebih empat tahun ini.”

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada isu pengampunan bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berpotensi menjejaskan hubungan antara BN dan PH dalam kerajaan perpaduan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perbezaan pendekatan dan pendirian politik antara parti perlu ditangani secara matang, terutama apabila wujud situasi politik berbeza pada peringkat persekutuan dan negeri.

Beliau memberikan contoh PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini, serta kempen PRN Melaka yang sedang berlangsung, yang memperlihatkan perbezaan pendekatan politik pada peringkat negeri meskipun BN dan PH bekerjasama dalam kerajaan persekutuan.

“Pada hemat saya, kematangan politik di Malaysia kini berada pada tahap hampir optimum, dan walaupun terdapat langkah serta pendekatan berbeza dalam bidang politik, insyaAllah perkara itu tidak akan menjejaskan kestabilan politik negara,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here