Pelajar 15 tahun maut, rakan parah ketika berkonvoi

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar Kolej Kemahiran Segatromic, Kulim I-Tech, Kedah maut selepas motosikal ditungganginya bersama rakan terbabas di Kilometer 226.8 Lebuh Raya Utara–Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai T Neves Raj, beralamat di Permatang Pauh, Pulau Pinang, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 bersama rakannya, S Uberan, 21, yang turut mengalami cedera parah.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka secara konvoi bersama beberapa rakan lain.

Difahamkan semasa kejadian, dua lagi motosikal konvoi berkenaan telah berada kira-kira empat kilometer di hadapan, manakala mangsa dan pembonceng berada di bahagian belakang kumpulan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Husein berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kecemasan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang maut di tempat kejadian manakala pembonceng cedera parah di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Melaka pada hari sama,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala motosikal yang terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img