Banjir rosakkan pusat mandian air panas milik warga Jerman-Malaysia

BANJIR yang melanda kawasan Hulu Langat semalam mengakibatkan pusat mandian air panas yang diusahakan oleh seorang warga Jerman-Malaysia mengalami kerosakan dan gangguan operasi.

Menurut pemiliknya, Iskandar Erich Kordt, 42, banjir kali ini adalah yang paling teruk sejak premis itu mula beroperasi pada tahun 2022.

Iskandar  Erich Kordt 

“Selalunya air banjir hanya naik ke paras kolam, tetapi kali ini ia masuk sehingga ke dewan kami. Memang teruk kali ini,” katanya kepada utusanmelayuplus hari ini.

Tambahnya, walaupun kerosakan fizikal seperti pendawaian dan elektrik tidak banyak, namun kerugian tidak langsung akibat tiada pelanggan beberapa hari ini mencecah ribuan ringgit.

“Jika ditambah kos pembersihan dan pembaikan, jumlahnya lebih besar. Banjir besar seperti ini sukar diatasi walaupun kami bina tembok tinggi, kerana air sungai tetap naik dan menyebabkan premis kami dinaiki air,” katanya.

ISKANDAR Erich Kordt membersihkan sisa-sisa banjir di sekitar pusat mandian air panas yang diusahakannya di Hulu Langat yang terjejas akibat banjir semalam.GAMBAR: NURUL SHAFINA JEMENON
VIDEO: MOHAMAD REDZWUAN MANSOR
UtusanMelayuPlus

Beliau turut berharap pihak berkuasa tempatan akan melaksanakan langkah mitigasi banjir bagi memastikan kejadian serupa dapat dielakkan pada masa hadapan.

“Insya-Allah, dalam beberapa tahun akan datang, kami berharap banjir tidak berlaku lebih teruk dan dapat diatasi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img