Mayat pempengaruh Taiwan dikaitkan Namewee dituntut kedutaan 

POLIS mengesahkan mayat pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 33, yang ditemui mati di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu, telah dituntut oleh pihak Kedutaan Taiwan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, proses tuntutan itu dibuat 10 hari lalu.

“Untuk makluman rakan media, mayat mangsa telah dituntut oleh pihak kedutaan (Taiwan),” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini, terdapat individu yang cuba menuntut jasad wanita berusia 31 tahun itu, namun tidak dibenarkan kerana tiada pengesahan atau kebenaran rasmi daripada pihak berwajib.

Mangsa sebelum itu ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu, sebelum dibawa ke HKL bagi tujuan bedah siasat.

Difahamkan, mangsa tiba di Malaysia pada 20 Oktober dan dijadualkan pulang empat hari kemudian.

Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun kemudian disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan polis mendapati pengarah kontroversi, Namewee, dipercayai menjadi individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum kematiannya.

Susulan itu, Namewee ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Polis juga sebelum ini memberitahu, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mereka mempunyai ‘hubungan istimewa’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img