AADK tidak akan berkompromi kes salah laku dua kakitangan ditahan SPRM

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku integriti dan rasuah membabitkan kakitangannya susulan penahanan dua pegawai di Terengganu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, agensi itu menghargai tindakan SPRM yang menjalankan siasatan susulan laporan dalaman AADK sendiri berhubung pelanggaran integriti kakitangan terbabit.

“AADK tidak sama sekali akan melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dalam salah laku kerana perbuatan sedemikian boleh menjejaskan reputasi agensi dan perkhidmatan awam.

“AADK akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan akseskepadasegala maklumat yang diperlukan oleh pihak SPRMbagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan telus, adil, dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selari dengan prinsip tadbir urus yang baik, AADK akan mengambil tindakan dalaman yang sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tambahnya, agensi itu turut akan menilai semula serta menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di fasiliti AADK bagi menutup sebarang ruang manipulasi pada masa hadapan.

“AADK bertekad sepenuhnya untuk membanteras sebarangbentuksalah laku dan rasuah dalam kalangan warga kerjasecaramenyeluruh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan SPRM Terengganu mereman seorang penjawat awam wanita di sebuah pusat pemulihan dadah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM6,000 sebagai balasan membawa masuk barang terlarang untuk penghuni pusat tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img