Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina yang disambut esok adalah Tahun Kuda yang melambangkan tenaga, ketahanan dan kejayaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img