Ahli Parlimen Padang Serai mengaku tidak bersalah terima suapan RM400,000

AHLI Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan bersubahat menerima suapan RM400,000 berhubung projek usaha sama penternakan lembu fidlot milik kerajaan negeri.

Azman didakwa bersubahat membantu seorang individu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot dengan mengarahkan Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) mengeluarkan surat tawaran projek berkenaan kepada individu tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ladang Fidlot Kedah Agro, Kedah Darul Aman, mengikut Seksyen 28(1)(c) bersama Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin, mencadangkan jaminan RM100,000 berserta syarat tambahan menyerahkan pasport serta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Peguam N. Surendran mewakili Azman memohon jaminan dikurangkan ekoran ikat jamin tersebut bersifat melampau dan menghukum, manakala serahan pasport adalah tidak wajar ekoran Azman tiada risiko melarikan diri.

“Ini kerana dia merupakan Ahli Parlimen dan kehilangan kerusi sekiranya enam bulan tidak menghadiri mesyuarat. Kami juga akan memfailkan permohonan pembatalan pertuduhan di Mahkamah Tinggi,” tegasnya.

 

Pada sidang akhbar, Surendran mendakwa ini adalah pertuduhan cacat atau charge defective dan tidak sah serta tidak teratur dari segi undang-undang.

“Kita dapati tiada asas untuk membawa pertuduhan ini. Sebenarnya tidak ada sesuatu pun kesalahan yang dilakukan suadara Azman kononnya bersubahat untuk mengeluarkan surat tawaran,” jelas beliau.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menetapkan jaminan sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin sera passport diserahkan.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang Ahli Parlimen ditahan SPRM Kedah berkaitan kes melibatkan usahasama ternakan lembu (fidlot) milik kerajaan negeri.

Siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan menerima RM400,000 sebagai balasan bagi membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img