Air pasang di Tanjung Dawai, 50 penduduk dipindahkan

SEBANYAK 50 penduduk Kampung Huma, Tanjung Dawai dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Cheng akibat banjir air pasang besar, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata PPS dibuka pada 6 petang dan mangsa terdiri daripada 23 keluarga.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Sungai Pial Ahmad Fauzi Othman semasa dihubungi berkata hujan lebat berterusan dari pagi hingga malam tadi memburukkan lagi keadaan.

“Selain beberapa rumah dilaporkan terancam sejak beberapa bulan lepas, ada lagi yang turut terjejas akibat hakisan pantai dan keadaan lebih teruk selepas dibadai ombak semalam,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata penduduk berada dalam kawasan berisiko diarahkan berpindah ke PPS sejak malam tadi bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

“Hakisan semakin teruk. Malah ada tembok baru siap juga dilimpahi air dan pagi ini, cuaca masih mendung selain hujan renyai,” katanya.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img