Akta Pekerja Gig lindungi 1.64 juta individu, berkuat kuasa hari ini

AKTA Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang mula berkuat kuasa hari ini akan memberi perlindungan perundangan kepada kira-kira 1.64 juta individu yang terlibat dalam sektor ekonomi gig di negara ini.

Pelaksanaan akta itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan pekerja gig terus terpelihara seiring perubahan landskap pekerjaan semasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, selain akta itu, penubuhan Tribunal Pekerja Gig sebagai saluran alternatif bagi menyelesaikan pertikaian antara pekerja dan entiti kontrak secara lebih cepat dan mudah berbanding menggunakan saluran sivil di mahkamah.

“Menerusi akta ini, pekerja gig kini mempunyai perlindungan perundangan yang lebih jelas termasuk ketelusan perjanjian perkhidmatan, kadar pendapatan yang dipersetujui, larangan diskriminasi, perlindungan keselamatan sosial melalui Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih teratur melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) serta Tribunal Pekerja Gig.

“Selepas akta ini dikuatkuasakan, pekerja gig akan kekal bekerja secara fleksibel dan akta ini tidak akan mengganggu ekosistem gig itu sendiri,” katanya dalam sidang media pengumuman rasmi penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 di Menara Perkeso di Putrajaya hari ini.

Ramanan memberitahu, Akta 872 turut memperkenalkan perlindungan keselamatan sosial melalui caruman kepada Perkeso yang dilaksanakan secara automatik oleh platform.

“Dengan penguatkuasaan akta ini, dianggarkan lebih 1.64 juta individu yang terlibat dalam ekonomi gig di Malaysia bakal mendapat manfaat melalui perlindungan hak pekerja dan keselamatan sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan memberitahu, pihaknya juga melantik seramai 26 anggota Majlis Perundingan Gig (MPGig) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, berkuat kuasa esok.

Menurutnya, mesyuarat MPGig pertama akan berlangsung pada 3 April ini bagi membincangkan isu kadar pendapatan pekerja gig yang menjadi antara masalah utama yang sering dibangkitkan oleh pekerja gig.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img