Aktivis hak asasi Greta Thunberg turut ditahan, protes mula tercetus di Eropah bantah tindakan Israel

AKTIVIS hak asasi manusia terkemuka dunia, Greta Thunberg antara individu yang ditahan selepas beberapa buah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa malam Rabu.

Kementerian Luar Israel dalam kenyataan mengesahkan beberapa kapal flotilla telah dihentikan dengan selamat dan semua penumpangnya kini sedang dibawa ke sebuah pelabuhan di Israel.

Pada masa sama, rejim Tel Aviv turut mengongsikan keratan video yang menunjukkan Greta bersama beberapa peserta flotilla yang ditahan dan berada dalam keadaan selamat.

“Sudah beberapa buah kapal flotilla Sumud berjaya dihentikan dengan selamat dan penumpangnya kini sedang dibawa ke pelabuhan Israel.

“Greta (Thunberg) dan beberapa peserta flotilla berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan rasmi di laman Facebook pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menyifatkan protes yang meletus susulan tindakan terhadap konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai kebangkitan rakyat dunia.

“Rakyat dunia sedang bangkit dan mengamuk saat ini kerana peserta GSF disentuh. Eropah khususnya bakal meledak,” katanya dalam hantaran di Threads.

Pada awal pagi ini waktu Malaysia, Israel melakukan tindakan dengan memintas konvoi GSF dan menahan para peserta.

Ekoran daripada itu, protes tercetus di beberapa bandar Itali termasuk dii bandar selatan Naples, para penunjuk perasaan memasuki stesen kereta api utama dan menghentikan perkhidmatan tren, manakala polis mengepung stesen kereta api Termini di Rom selepas penunjuk perasaan berkumpul berhampiran pintu masuk.

Kesatuan Sekerja Itali pula menggesa supaya diadakan mogok sebagai bantahan terhadap layanan ke atas GSF.

“Tindakan agresif terhadap kapal awam yang membawa warganegara Itali adalah perkara yang amat serius,” kata kesatuan CGIL, sambil menyeru mogok yang turut disertai oleh beberapa kesatuan kecil lain.

Pengumuman itu dibuat selepas mogok umum sebelumnya pada 22 September yang dianjurkan oleh kesatuan akar umbi Unione Sindacale di Base (USB) sebagai sokongan kepada Gaza dan GSF.

Di bandar barat laut Genoa, USB mengumumkan mereka berhasrat menyekat pelabuhan dan menyeru semua penunjuk perasaan untuk berkumpul pada jam 10 malam (2000 GMT) di salah satu pintu masuk utama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img