Along Eyzendy meninggal dunia selepas 3 hari bertarung nyawa

PELAKON, Along Eyzendy meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada jam 12:16 tengah malam tadi selepas tiga hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memetik laporan Mstar, isteri Allahyarham Along, Hamidah Mohd Yatim mengesahkan pelakon berusia 47 tahun itu menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga.

Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami demam serta batuk berpanjangan.

Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Hamidah turut menjelaskan keputusan imbasan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu suaminya, sekali gus menjadi punca kepada komplikasi yang dialami.

Keadaan Along menjadi semakin kritikal sehingga terpaksa ditidurkan, selain orang dalamannya sudah tidak kuat.

Along merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img