‘’Amanah utama saya ialah pastikan PN terus terajui Perlis’’ – Shahidan

DATUK Seri Shahidam Kassim yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis menganggap tanggungjawab itu amat besar bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat.

Sehubungan itu Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas pusat menyeru semua pihak di negeri itu sama-sama membantu dan menyokong beliau menggalas tanggungjawab berkenaan

‘’ Antara amanah utama saya ialah memastikan Perikatan Nasional terus menerajui kepimpinan di Negeri Perlis menjelang PRU16,’’ katanya melalui Facebook beliau hari ini.

Beliau  yang turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN kerana melantiknya berharap semua pihak kembali ke meja rundingan jika terdapat perbezaan pendapat.

“’Perbezaan pendapat yang tidak diurus dengan baik hanya akan membawa kepada perpecahan dan kekalahan.Sehingga kini perpaduan di Perlis Mantap!Terima kasih kepada YAB MB Perlis yang telah memimpin PN dengan baik.

‘’Bersama kita perkukuh perpaduan, pertahan perjuangan, dan pastikan Perikatan Nasional (PN) terus menjadi pilihan rakyat Perlis,’’ katanya yang menggantikan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang digugurkan.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yakin pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis yang baharu mampu memastikan gabungan itu terus kekal mentadbir Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Sementara itu  Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berharap dengan pelantikan Shahidan, perpaduan dalam gabungan itu dapat diperkukuhkan serta menambahkan lagi kekuatan PN di Perlis.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Shahidan Kassim atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis yang baharu.

“Semoga dengan pelantikan ini, Shahidan akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di Perlis sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU16 kelak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img