Anemia: 70,000 kanak-kanak seluruh negara disaring

HAMPIR 70,000 kanak-kanak di seluruh negara telah menjalani saringan risiko anemia yang diterajui oleh Danone Specialized Nutrition Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Danone memaklumkan bahawa angka itu turut merangkumi peningkatan enam kali ganda pada 2025 berbanding ketika program itu dimulakan pada 2023, mencerminkan peralihan daripada kesedaran kepada tindakan pencegahan.

Menurut kenyataan itu, peralihan berkenaan jelas ketara ketika sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan KPWKM di Stadium Merdeka baru-baru ini, dengan 800 kanak-kanak disaring dalam satu hari.

“Apabila halangan seperti kunjungan ke klinik dan kos dikurangkan, ibu bapa memilih pemeriksaan risiko secara proaktif berbanding menunggu gejala muncul,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengurus Negara Danone Specialized Nutrition Malaysia dan Singapura Koh Kok Meng berkata, sambutan pada Hari Kanak-Kanak Kebangsaan menunjukkan bahawa ibu bapa memahami kepentingan menangani kekurangan zat besi pada peringkat awal.

“Program ini membuktikan bahawa model berkenaan berkesan, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai jangkauan ke seluruh negara, justeru kami akan terus meluaskan akses melalui titik sentuh komuniti di seluruh negara,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Pakar Perunding Kanan Paediatrik Endokrinologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Muhammad Yazid Jalaludin berkata, kekurangan zat besi ialah punca anemia paling lazim.

“Penyelidikan menunjukkan bahawa IDA (anemia kekurangan zat besi) boleh memberikan kesan jangka panjang dan tidak dapat dipulihkan terhadap perkembangan otak dengan kanak-kanak terjejas menunjukkan skor IQ hingga 13 mata lebih rendah daripada rakan sebaya mereka.

Saringan awal membuka peluang untuk intervensi,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img