Nahas payung terjun: Anggota komando parah

SEORANG anggota komando dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang parah ketika melakukan aktiviti payung terjun di Pantai Klebang, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku sewaktu mangsa berpangkat Koperal menyertai acara Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 di Encore, Melaka yang bermula 27 Disember lalu sehingga esok

Difahamkan, anggota yang juga pembantu jurulatih Cawangan Payung Terjun Pulpak itu patah tulang rusuk kanan selain disyaki retak di tulang leher dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Seorang pengunjung mahu dikenali sebagai Shahmi berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang dan disaksikan ramai orang menonton acara terjunan bebas itu.

“Pada mulanya saya lihat anggota terbabit seperti mengalami kesukaran di udara dan berpusing-pusing sebelum mendarat dengan laju dan terhempas.

“Dia kemudian dibantu beberapa anggota tentera yang bertugas sebelum dibawa dengan ambulans tentera,” katanya lapor Harian Metro Online.

Terdahulu, tular video kejadian berdurasi tujuh saat memaparkan kejadian itu di aplikasi WhatsApp sejak semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img