Anggota polis hilang kenderaan terbabas dalam parit ditemukan lemas

SEORANG anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di Sepang pada Jumaat lalu ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan pada jam 7.30 pagi oleh anggota polis dan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

“Polis dan JBPM yang berada di lokasi berjaya menemukan mangsa pada jarak kira-kira 50 meter dari kenderaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan individu yang hilang selepas dihanyutkan arus deras itu merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

GAMBAR: JBPM Selangor

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Balai Polis Nilai sejak setahun lalu, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian jam 10.30 malam itu.

Anggota polis itu dikatakan berasal dari Johor, difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di Sepang.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan banjir berhampiran Klinik Desa Giching, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img