Anggota polis maut dalam kemalangan motosikal, lori

SEORANG anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Cheras, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari di laluan dari Taman Midah menghala ke Taman Connaught.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal Yamaha 135LC dan sebuah lori Sinotruk Howo. Turut dipercayai terlibat sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, dilaporkan bergerak lurus dalam keadaan trafik sesak sebelum dipercayai mencelah di antara dua lorong kenderaan.

“Sebuah kenderaan di hadapan membrek secara mengejut menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh dan termasuk ke bawah lori yang bergerak di lorong kiri.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori lelaki berusia 45 tahun pula tidak mengalami kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan. Ujian alkohol didapati negatif manakala saringan air kencing akan dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img