Anggota tentera maut, badan hampir putus dua dalam kemalangan di Port Dickson

SEORANG anggota tentera maut dalam keadaan badan hampir putus dua selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson,

Badan seorang penunggang motosikal hampir putus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson Semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, mangsa, Wan Fadhli Wan Aziz, 27 yang juga merupakan jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA),  disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan motosikal jenis Suzuki FU150 ditunggang mangsa dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Port Dickson menghala ke Seremban.

“Sebaik sampai di lokasi, Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun telah dilanggar di bahagian belakang sebelah kanan oleh motosikal ditunggang mangsa. Akibatnya, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan jalan,” katanya lapor Sinar Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai.

“Siasatan masih diteruskan termasuk mengesan saksi bebas, menunggu keputusan toksilogi serta laporan penuh bedah siasat. Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhemi Azman di talian 016- 9984806 atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Threads:
@utusanmelayuplus

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img