Anggota tentera maut kereta bertembung lori 10 tan

SEORANG anggota tentera maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lendu, Kampung Lendu, Alor Gajah, pagi hari ini.

Difahamkan nahas berlaku sekitar jam 10 pagi membabitkan Perodua Myvi dipandu mangsa dengan lori 10 tan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jam 10.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota termasuk dua anggota Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

Katanya, mangsa lelaki berusia 25 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta.

“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan pasukan bomba membuat pembersihan sisa kemalangan,” katanya lapor BH Online.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img