Anwar,Ahmad Zahid, Saifuddin Nasution, Anthony  kunjungi kediaman Gobind Singh Deo sempena Deepavali

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu hantaran berasingan menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Beliau berkata sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati serta persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk dan diperkukuh.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img