APMM Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM640,000

AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan merampas 940,000 batang rokok putih seludup bernilai RM640,000 menerusi operasi di Tumpat, Pasir Puteh, Sabtu lalu.

Rampasan pada 2 pagi itu dilakukan hasil risikan dan intipan yang dilakukan sejak seminggu lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, ketika risikan dilakukan pihaknya mengesan pergerakan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan dari Tak bai, Thailand menghala Tumpat.

“Beberapa minit kemudian, bot berkenaan bergerak laju dalam keadaan gelap, sebelum pihak kita mengejar namun suspek gagal dipintas.

“Sekitar pukul 2.15 pagi, kita menemui longgokan kotak rokok yang dibungkus dalam plastik lutsinar dan ditinggalkan di tebing Sungai Golok berhampiran Galeri Tengku Anis.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 94 peti dan kotak mengandungi 940,000 batang rokok putih tanpa cukai dengan nilai anggaran RM640,000,” katanya pada sidang media hari ini, lapor Harian Metro.

Jelasnya, tiada individu ditemui atau ditahan di lokasi kejadian kerana suspek disyaki sudah melarikan diri selepas mengesan kehadiran pihak berkuasa.

“Kita percaya selain bot pancung yang membawa bekalan rokok seludup, terdapat sebuah bot yang turut digunakan berperanan sebagai pemantau di lokasi bagi mengelak ditangkap.

“Kejayaan ini membuktikan tahap kesiapsiagaan aset dan kecekapan anggota Maritim Malaysia dalam bertindak pantas berasaskan maklumat risikan.

“Kita akan terus mempergiat usaha membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta menggesa orang awal menyalurkan maklumat.

“Kesemua rampasan disita dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img