Arsenal gelisah, Manchester City ‘belasah’ Sunderland 3-0, rapatkan jurang mata

MANCHESTER  City memanfaatkan sekali lagi kegagalan Arsenal untuk merapatkan jurang di puncak Liga Perdana kepada dua mata selepas menewaskan Sunderland 3-0 di Etihad.

Selepas menyaksikan Arsenal tewas 2-1 kepada Aston Villa awal Sabtu, City tidak mensia-siakan peluang untuk mendekati tangga teratas, dipacu oleh aksi cemerlang Cherki.

Pada minit ke-65, Cherki memperdaya Omar Alderete di sebelah kanan kotak penalti sebelum menghasilkan hantaran lintang yang disambut Phil Foden dengan tandukan dan terkena palang sebelum masuk ke gawang.

City sudah pun mendahului 2-0 ketika itu, selepas dua pertahanan tengah mereka, Ruben Dias dan Josko Gvardiol, masing-masing menjaringkan gol dalam tempoh empat minit pada babak pertama.

Rembatan deras Dias a terkena Dan Ballard dan melantun masuk pada minit ke-31, sebelum Gvardiol menyelinap masuk untuk menyambut sepakan penjuru melengkung Foden dengan tandukan.

Sunderland tampil lebih agresif pada awal babak kedua, dengan Gianluigi Donnarumma menyelamatkan kesilapan Dias dalam situasi satu lawan satu selepas Wilson Isidor merampas peluang, manakala Granit Xhaka menggegarkan tiang gol dengan sepakan separuh voli.

Namun harapan Black Cats untuk bangkit lenyap selepas gol Foden, dan keadaan mereka bertambah buruk apabila Luke O’Nien melakukan terjahan berbahaya ke atas Matheus Nunes dan dilayangkan kad merah lima minit masa tambahan.

O’Nien, yang baru dimasukkan pada minit ke-88, kini akan digantung untuk pertembungan Tyne-Wear Derby pertama dalam Liga Perdana sejak 2016, ketika Newcastle United berkunjung ke Stadium of Light hujung minggu depan.

Walaupun Cherki menerima pujian atas dua bantuan golnya, Foden turut mencatat dua penglibatan gol untuk meneruskan prestasi cemerlangnya.

Foden kini terlibat dalam sembilan gol dalam tujuh penampilan kesebelasan utama City dalam semua pertandingan sejak awal November (tujuh gol, dua assist), lebih banyak daripada mana-mana pemain Liga Perdana dalam tempoh itu.

Malah, Foden telah menjaringkan gol dalam tiga penampilan berturut-turut bersama Citizens buat kali pertama sejak November 2023.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img