BEKAS Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, bagi menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

“Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.
“Semoga kepemimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantarannya.
Suhaimi secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran kelmarin.
Ashwad ialah antara pengasas saluran Astro Awani pada 2007.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Astro Awani sejak lima tahun lalu.


