Badan Kehakiman Malaysia umum penubuhan Mahkamah Tinggi Khas dengar kes rasuah

BADAN Kehakiman Malaysia mengumumkan penubuhan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes rasuah dan rayuan daripada Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, selaras titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam satu kenyataan, Badan Kehakiman berkata Sultan Ibrahim telah menitahkan terdapatnya keperluan menyediakan hakim berpengalaman untuk mendengar kes rasuah dan laluan khas disediakan di mahkamah agar perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan segera.

“Untuk makluman, pada masa ini terdapat empat belas Mahkamah Sesyen Khas Rasuah telah ditubuhkan untuk mendengar kes-kes rasuah di seluruh Malaysia dengan matlamat untuk menyelesaikan kes-kes dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pendaftaran.

“Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim, Hakim Besar Malaya setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara bersetuju supaya Badan Kehakiman Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan Mahkamah Tinggi Khas bagi mendengar perbicaraan kes-kes rasuah dan juga mendengar rayuan dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah.

“Sebagai permulaan, inisiatif ini akan dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Semalam Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan dengan menitahkan supaya amalan rasuah diperangi secara besar-besaran, dengan tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.

Seri Paduka bertitah usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu hanya kepada penerima rasuah, sebaliknya pemberi rasuah, ejen atau mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam usaha memperkukuh pembanterasan rasuah, Sultan Ibrahim turut menekankan kerajaan perlu menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img