Bapa maut, anak parah MPV dirempuh lori

SEORANG lelaki maut manakala anak perempuannya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Labuk, Batu 9 di Sandakan, Sabah hari ini.

Mangsa, Ranchanna Hujang, 55, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent manakala anaknya yang berusia 17 tahun patah di bahagian bahu.

Pemandu lori yang berusia 35 tahun dan tiga lagi yang menaiki sebuah kereta Proton Iriz tidak mengalami kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, pemandu lori dikatakan dalam perjalanan dari arah Batu 8 menghala ke Batu 32.

Difahamkan, ketika tiba di lokasi, pemandu lori gagal memberhentikan kenderaan sebelum terlanggar bahagian belakang kereta Proton Iriz dan merempuh kereta mangsa yang berada dalam bulatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, ketika kejadian cuaca hujan menyebabkan keadaan jalan basah.

“Berikutan kejadian itu, kedua-dua kereta yang terlibat mengalami kerosakan teruk. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

“Pemandu lori terlibat telah ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini menurut George, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img