Beberapa laluan di Shah Alam ditutup…banjir makin buruk

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan beberapa laluan di sekitar bandar raya ini ditutup sepenuhnya berikutan kenaikan paras air dan tidak selamat untuk dilalui.

Berikutan hujan lebat di Shah Alam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menutup sepenuhnya jalan berkenaan akibat kenaikan paras air.

“Jalan berkenaan adalah di Jalan Seksyen 19; Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23; Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi keselamatan,” kata MBSA dalam Instagram.

MBSA turut memaklumkan beberapa kawasan dinaiki air antaranya, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35; Kampung Budiman, Seksyen U14; Kampung Kubu Gajah, Seksyen U17; Giant, Seksyen 13; Taman Sri Lembayung, Seksyen 25; Jalan Opera, Seksyen U2; Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19; Jalan Mat Raji, Padang Jawa Seksyen 16; Jalan Mantap 25/126, Jalan Sentosa 25/129, serta Persiaran Budiman di Seksyen 25 dan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23.

Selain Shah Alam, beberapa kawasan di Klang turut dinaiki air antaranya Kampung Delek; Kapar serta Meru.

Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di empat daerah yang menempatkan 110 mangsa dari 30 keluarga.

PPS berkenaan adalah Dewan Sri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam (Sabak Bernam); Pusat Perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya; Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat serta yang terbaharu di Masjid Al Falah Kampung Budiman (Shah Alam).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img