Tular belasah sekumpulan remaja madrasah guna helmet, lelaki ditahan

POLIS mengesahkan telab menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit penderaan kanak-kanak dan menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Tangkapan itu dilakukan susulan satu rakaman video yang tular melalui media sosial yang menunjukkan remaja yang dipercayai pelajar sebuah madrasah, dipukul oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.55 malam tadi itu.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam ini.

Kasim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan peranan individu terbabit berdasarkan rakaman video yang tular.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta diminta menghormati privasi semua pihak terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img