BENARKAH  122 Ketua Bahagian Bersatu tandatangan SD desak Muhyiddin lakukan peralihan kuasa sebelum PRU-16?

ANALISIS

KEKECOHAN ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam malam tadi telah menimbulkan pelbagai andaian berhubung kedudukan dan tahap sokongan kepada Presiden Bersatu tersebut.

Ia berikutan tersebar khabar bahawa 122 daripada 169 ketua bahagian telah membuat akuan bersumpah (SD) yang meminta bekas Perdana Menteri itu melakukan peralihan kuasa kepimpinan parti Bersatu sebelum PRU-16 dengan segera.

Gerakan inilah yang memungkinkan Muhyiddin mendedahkannya dalam ucapan dasar beliau apabila berkata;

‘’ ’Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan Presiden. Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti. Kalau Presiden dijatuhkan melalui kutipan tandangan, semua yang ada di atas pentas ini pun boleh dijatuhkan melalui cara yang sama. Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Srikandi Muda, Ketua Bersekutu dan semua Ahli Jawatankuasa Bahagian pun boleh ditimpa nasib yang sama.’’

Kenyataan itu sekaligus mengesahkan sememangnya ada gerakan untuk meminta beliau berundur secara terhormat berikutan ada cakap-cakap Pas tidak mahu beliau menjadi poster boy atau Perdana Menteri jika Perikatan Nasional (PN) menang PRU-16.

Gerakan SD dan cakap-cakap mengenai pendirian Pas itu yang memungkinkan ada pihak menganggap Muhyiddin dilihat terlalu defensif dalam wawancara bersama media menjelang Perhimpunan itu apabila menyebut soal beliau masih kuat dan berkemampuan untuk memimpin Bersatu.

Kemuncaknya apabila usul Ucapan Dasar Presiden Bersatu oleh Ketua Penerangannya Tun Faisal Ismail Aziz pada perhimpunan itu  dilihat oleh pemerhati usaha mempertahankan kedudukan Muhyiddin habis-habisan.

Selain itu dalam usul berkenaan turut menyebut;

’’Bersatu ini rumah kita, keluarga kita. Rumah mesti dijaga. Harmoni mesti dipelihara. Jangan biarkan musuh masuk ke rumah kita dan tentukan di mana nak letak TV, pasu bunga, meja makan, peti ais. Jangan biarkan musuh jadi seperti Zionis. Jangan berperangai seperti DAP, boleh pula dia menentukan siapa dia hendak UMNO, siapa dia tak nak.’’

Soalnya siapakah musuh yang dimaksudkan? Musuh mana yang rajin sangat nak susun TV, pasu bunga, meja dan peti ais dalam rumah Bersatu? Istilah musuh ini selalunya dirujuk ’orang tak baik ’ jadi kalau musuh tak kan ‘dia nak menyusun’ itu semua? Kenapa berkias? Kenapa Tun Faisal tak sebut siapa musuh itu? Pas kah?

Walaupun dikatakan mereka yang membuat kekecohan malam tadi sudahpun meminta maaf  tetapi  apa yang terkandung dalam para 88 ucapan Muhyiddin bagaikan membuka satu demi satu pekung dalam Bersatu termasuklah menimbulkan persoalan terhadap sokongan pemimpin dan akar umbi terhadap beliau.

Artikel ini dihasilkan sebelum Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan, mungkin dalam ucapan itu Ahli Parlimen berusia 78 tahun itu akan menjawab segala persoalan…sama-sama kita.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img