‘’ Bersatu, Pas banyak bercakap…kita lakukan jauh lebih besar’’ PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari menolak dakwaan kerajaan tidak membantu masyarakat tertentu di negara ini.

Perdana Menteri  menjelaskan untuk inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menyalurkan lebih RM1 bilion kepada masyarakat India.

Tegas beliau, STR tidak membezakan penerima mengikut kaum atau wilayah kerana prinsip utama program itu ialah membantu rakyat memerlukan.

“Jangan kata kita tidak buat apa-apa, kerana apa yang kita lakukan jauh lebih besar daripada apa yang pernah dibuat oleh Bersatu atau Pas yang sekarang ini banyak bercakap,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali Madani Peringkat Kebangsaan 2025 di Kuala Lumpur.

Anwar menegaskan, dalam STR tidak ada pemberina berdasarkan kaum sebaliknya semua menikmatinya.

“Dalam STR tak ada STR India, STR Melayu, STR Cina atau STR Sarawak. Tapi disebabkan banyak kritikan, saya terpaksa jelaskan. Untuk masyarakat India sahaja, jumlahnya RM1 bilion. Itu bukan jumlah kecil,” katanya.

Sehubungan itu beliau menegaskan tidak bersetuju dari awal dengan pendekatan politik melihat semua dasar melalui lensa kaum.

Katanya, disebabkan tekanan dan persepsi politik memaksa kerajaan menjelaskan butiran tertentu bagi mengelak salah faham.

“Saya tak setuju semua nak ikut kaum, tapi bila kita diam dikata tak buat apa-apa. Sebab itu saya terpaksa perincikan, bukan untuk membezakan tetapi untuk tunjuk bahawa kerajaan buat kerja,” katanya

Dalam ucapannya, Anwar turut menegur sesetengah pihak yang gemar membawa isu perkauman dalam perbahasan dasar awam, termasuk isu pendidikan dan kemasukan ke universiti.

“Kadang-kadang kita cadang dan tegur, tapi jangan bawa polemik kaum. Bila kata nak ambil kuota Melayu, terus jadi masalah. (Kata kerajaan) tak bantu. Sepatutnya kita cari penyelesaian bersama,” katanya.

Beliau memuji usaha rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan yang komited mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berpanjangan antara kaum sejak beberapa dekad lalu.

“Bagi saya, ini semangat sebenar Madani iaitu keadilan untuk semua. Bukan Melayu lawan Cina, bukan India lawan siapa-siapa, tapi bagaimana kita boleh bangunkan negara bersama,” katanya.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img