Bintang Arab Saudi, Salem Al-Dawsarari dipilih Pemain Terbaik Asia 2025 ketepikan Arif Aiman,Akram Afif

Bintang Arab Saudi, Salem Al-Dawsari, dinobat sebagai Pemain Terbaik Asia 2025, sekali gus merangkul semula anugerah berprestij itu yang pernah dimenanginya pada tahun 2022.

Pemain tengah kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal, itu mengetepikan dua calon lain — Akram Afif dari Qatar dan Arif Aiman Hanapi dari Malaysia — selepas membantu negaranya melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA buat kali ketiga berturut-turut pada Selasa lalu.

“Saya sangat bersyukur memenangi anugerah ini. Menang buat kali kedua amat bermakna kerana ia hadir selepas usaha keras yang panjang,” kata Al-Dawsari.
“Menjuarai gelaran bersama pasukan lebih penting daripada pengiktirafan individu, namun anugerah ini tetap istimewa kerana ia melengkapkan kejayaan kami sebagai satu pasukan.

“Saya berterima kasih kepada semua penyokong, rakan sepasukan di skuad kebangsaan dan juga di kelab. Anugerah ini adalah untuk mereka,” tambahnya.

Kemenangan itu menjadikan Al-Dawsari pemain Arab Saudi ketujuh yang memenangi trofi tersebut sejak Saeed Al-Owairan menjuarai edisi pertama pada tahun 1994.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img