PASUKAN bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Salak Tinggi yang kini merebak sehingga 2.43 hektar, dengan cabaran utama melibatkan laluan masuk yang sukar untuk jentera dan tiupan angin kuat.
Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) KLIA, Penguasa Kanan (PgKB) II Mohamad Issmanto Md Pono berkata, kerja-kerja pemadaman, dijangka mengambil masa antara empat hingga lima jam lagi bergantung kepada keadaan cuaca dan kekuatan angin di kawasan tersebut.
“Fokus sekarang ini adalah untuk mengawal api daripada memasuki kawasan taman perumahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, keadaan masa kini masih terkawal kerana kerana ada jarak yang selamat antara kawasan terbakar dengan kawasan perumahan.
Mohamad Issmanto berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA menerima panggilan kecemasan pada 4.32 petang tadi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.
Operasi itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Muhammad Asrull Ariffin bersama tujuh anggota telah dikerahkan ke lokasi dengan bantuan lima anggota BBP Dengkil.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran belukar seluas 1.2 ekar (0.49 hektar) terbakar dan telah merebak sehinga enam ekar (2.43 hektar),” katanya.
UNDILAH |



