Dua budak lemas ketika mandi sungai bersama kawan-kawan

DUA kanak-kanak lemas selepas mandi di sebatang sungai di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, Kangar hari ini.

Mangsa yang lemas, Iskandar Zulkarnain Mohd Faizal, 8, dan rakannya, Muhammad Haikal Hakim Mohd Yuhanis, 10.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati, pada mulanya terdapat lima kanak-kanak yang mandi di sungai berkenaan namun tiga daripadanya diselamatkan orang awam dan seorang daripada mereka masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Bagaimanapun dua mangsa, (Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Haikal Hakim) gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian,” katanya, lapor Berita Harian Online.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img