‘’Bukan mudah untuk saya’’ – isteri Faisal Halim sahkan fail cerai

ISTERI kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap pemain itu, hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Menerusi satu kiriman di Instagram Story, Nur Syazwani Mizuana, meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hatinya berkenaan status rumah tangganya ketika ini.

“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan sebelum ini.

“Saya cuba pertahankan, tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya. Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat,” katanya menerusi perkongsian berkenaan, lapo Buletin Utama TV3.

Sebelum itu, sebuah portal melaporkan, sebutan kes itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Bagaimanapun, sehingga kini Faisal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit.

Untuk rekod, tonggak utama Harimau Malaya itu sudah berkahwin dengan Syazwani selama enam tahun sejak 9 Mac 2019 dan mempunyai satu cahaya mata bernama Khalish Aryan.

Pada usia 27 tahun, Mickey sudah melakukan 39 penampilan bersama Gergasi Merah dan meraih 32 kaps bersama skuad kebangsaan.

Pada 5 Mei tahun lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.

Ketika ini, Faisal bersama skuad negara sedang membuat persiapan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura Khamis ini dan Palestin, Isnin depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img