Mayat dua beranak ditemukan dalam rumah dipercayai dibunuh

MAYAT dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru, di Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira pukul 7.30 malam.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya. Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya, memetik Bernama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img