Cedera dikelar ketika cuba leraikan pergaduhan

SEORANG lelaki berusia 21 tahun mengalami  kecederaan akibat dikelar ketika cuba meleraikan pergaduhan antara rakannya dengan individu lain di Jalan Metro Pudu di ibu negara pada Rabu lalu.

Mangsa dikatakan cedera di bahagian kepala, muka dan tangan dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata,  mangsa cedera selepas terkena kelaran pisau ketika cuba menenangkan keadaan.

“Dalam kejadian itu, suspek turut mengambil beberapa barangan milik rakan mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, empat lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 23 tahun telah ditahan di beberapa lokasi berasingan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 November untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img