Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, yang tular kisahnya di media sosial baru-baru ini, dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.
Berita sedih itu disampaikan menerusi satu hantaran di Facebooknya pada jam 4.40 petang.
“Nassry Mardee Ismail sudah sudah meninggalkan kita semua.
“Moga Allah SWT ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
“Semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.
Media sebelum ini melaporkan Cikgu E telah menghidap kanser paru-paru tahap empat yang difahamkan hanya 30 peratus baki saluran pernafasan masih berfungsi.
Cikgu E turut menghidap kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru sejak Mac 2024.


