Polis buru pemandu dan penumpang Civic FE lari daripada pemeriksaan polis

POLIS kini memburu dua suspek selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar beberapa kenderaan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan, suspek dua lelaki bangsa tidak pasti bertindak melarikan diri dan meninggalkan kenderaan tersebut.

Katanya, satu laporan telah diterima pada pukul 12.32 engah hari berhubung kejadian itu.

“Kira-kira pukul 10.30 pagi ketika pihak polis membuat Ronda Cegah Jenayah telah terkesan sebuah kereta Honda Civic dalam keadaan mencurigakan di parkir tepi Jalan Nicholas,Kuala Lumpur.

“Pihak polis telah menghampiri kenderaan tersebut untuk melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba pemandu motokar memecut kenderaan dengan laju sehingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Cheras berhampiran Sunway Velocity Mall KL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek telah bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam yang berhenti untuk menunggu lampu isyarat dan kemudian telah bertindak keluar dan melarikan diri meninggalkan kenderaan tersebut.

“Pihak polis seterusnya membuat pemeriksaan pada kenderaan tidak menjumpai apa-apa barang salah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan siasatan oleh pihak JSPT KL di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img