Co-opbank Pertama perkenal mesin layan diri emas

CO-OPBANK Pertama (CBP) terus mengorak langkah memperkukuh perniagaan emas dengan memperkenalkan mesin layan diri emas fizikal sebagai sebahagian daripada transformasi strategik institusi kewangan.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, CBP kini memiliki lebih 34 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara selain sebuah cawangan di Gombak yang menjadi antara platform sokongan kepada perkembangan perniagaan emas fizikal.

Katanya, pengenalan mesin layan diri emas itu dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan perniagaan CBP, termasuk perancangan memperkenalkan pembiayaan emas, sistem beli balik (buyback) serta pembangunan rangkaian francais pada masa hadapan.

“Kami telah memperoleh kelulusan untuk pembiayaan emas dan kini menunggu masa sesuai untuk pelancarannya. Jadi, ini adalah permulaan untuk menjadikan emas sebagai teras utama perniagaan CBP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesin Emas Co-opbank Pertama di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar, Pengerusi Public Gold, Datuk Seri Louis Ng dan Timbalan Pengerusinya, Datin Seri Yvonne Lim.

Mengulas lanjut, Baharom  turut menekankan kepentingan emas sebagai aset simpanan jangka panjang yang lebih stabil berbanding wang tunai, khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Nilai wang akan susut dari semasa ke semasa, namun emas mengekalkan nilai dan boleh ditukar di mana-mana sahaja di dunia. Justeru, emas kekal relevan sebagai instrumen pelaburan dan simpanan,” katanya.


Pekerja swasta Fazreel gull pertama kali menggunakan mesin layan diri emas Co-opbank Pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, inisiatif penjualan emas secara fizikal melalui mesin layan diri merupakan antara strategi utama CBP bagi memenuhi permintaan pelaburan emas yang semakin meningkat.

“Pembelian emas melalui mesin ini boleh dibuat di Ibu Pejabat CBP di lobi Wisma Co-opbank Pertama, Kampung Bharu bermula hari ini,” katanya.

Menurut beliau, pelanggan boleh membeli emas fizikal  serendah 0.2 gram sehingga maksimum 1 gram melalui transaksi tanpa tunai, dengan tawaran berat emas dijangka diperluaskan pada masa hadapan mengikut permintaan pasaran.

Ditanya mengenai penambahan mesin layan diri itu pada masa akan datang, Khairil Anuar berkata, pihaknya akan melihat terlebih dahulu prestasi mesin berkenaan.

“Setakat ini kami tiada perancangan untuk menambah bilangan mesin ini ke cawangan lain kerana mahu melihat prestasi mesin pertama ini terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang keputusan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img