Pencuri kabel langgar lori ketika dikejar polis, 2 ditahan, 1 diburu

DUA lelaki ditahan polis selepas cedera dalam kemalangan ketika aksi kejar-mengejar dengan polis di Jalan Mantin- Seremban berhampiran Restoran SR Valley, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kemalangan pukul 5.30 pagi itu, seorang daripada suspek berjaya meloloskan diri.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah lori, perodua Axia dan kenderaan suspek Toyota Hilux.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah MPV polis mengejar kenderaan suspek yang disyaki mencuri kabel di Jalan Tun Dr Ismail menghala ke Jalan Mantin.

“Apabila sampai di lokasi kejadian kenderaan suspek telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung lori dan Axia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dua suspek yang merupakan penumpang ditahan polis manaka pemandu telah melarikan diri.

“Pemandu lori cedera ringan, manakala pemandu dan penumpang Axia tidak mengalami sebarang kecederan,” ujarnya.

Mohamad Hatta berkata, polis berjaya mendapatkan semula beberapa batang kabel yang dicuri dan kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img