Polis buru lelaki helmet merah curi motosikal Yamaha 135LC

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah motosikal Yamaha 135 LC di kawasan Taman Suria Jaya, Kajang selepas tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.54 pagi, kelmarin.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang turut turut memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah dan bervisor hitam dipercayai melakukan perbuatan mencuri motosikal.

“Ketika ini usaha mengesan suspek itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan

“Polis juga menasihatkan orang awam supaya menggunakan kunci tambahan bagi mengekang kejadian curi motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau penolong pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali di talian 012-3429297.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img