KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius dakwaan kenaikan kos operasi sehingga 10% hingga 30% seperti yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).
Sehubungan itu Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr.Fuziah Salleh berkata, Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian itu akan memanggil pihak PRESMA dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berserta bukti dan data sokongan yang kukuh terhadap dakwaan tersebut.
‘’ Pada masa sama, KPDN komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam mencari penyelesaian yang bersifat menang-menang. termasuk meneliti faktor rantalan bekalan, kos input dan tekanan global yang memberi kesan kepada pengusaha.
‘’Namun begitu, kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang pelarasan harga kepada pengguna mesti berasaskan kos sebenar dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya,’’ katanya.
Fuziah berkata, KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sekiranya terdapat unsur pencatutan atau kenalkan harga yang tidak munasabah. P
‘’Pendekatan kerajaan adalah jelas, di mana kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak industri, namun pada masa yang sama tetap komited melindungi kepentingan pengguna secara tegas dan konsisten,’’ katanya.


