Datuk Fadil Marsus cipta sejarah Ketua Polis Negeri pertama sertai Ironman Langkawi

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya Ketua Polis Negeri yang pertama menyertai kejohanan sukan lasak Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 yang berlangsung di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyertaan Fadil, yang turut mengetuai pasukan seramai 18 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melambangkan semangat juang tinggi pasukan.

“Penyertaan beliau mempamerkan ketahanan fizikal dan mental warga pasukan keselamatan.

“Ia turut menjadi simbol ketahanan fizikal dan mental warga polis dalam menghadapi cabaran ekstrem,” jelas kenyataan itu yang dipetik Sinar Harian Online.

Kejohanan berprestij ini dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin di Pantai Kok, Langkawi.

Dalam acara tersebut, pasukan PDRM turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih tempat kedua bagi kategori Relay, manakala bagi kategori Ironman 70.3, Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi menamatkan saingan di tempat ketiga.

Menurut kenyataan itu lagi, penyertaan berkenaan turut mengangkat imej PDRM.

“Ia turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan berdaya tahan tinggi,” katanya.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img