DBKL roboh gerai haram, sita peralatan niaga

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan tiga struktur gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran dalam satu operasi khas di sekitar Jalan Brunei Selatan dan Jalan Beremi, Bukit Bintang, semalam.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor Sdn. Bhd. dan Alam Flora Sdn. Bhd.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan diambil selepas pemilik gerai gagal mematuhi notis pengosongan tapak yang dikeluarkan sebelum ini mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Barangan dan peralatan perniagaan yang disita melibatkan tong gas, dapur dan lain-lain dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan itu.

Dalam operasi sama, empat notis kompaun turut dikeluarkan terhadap penjaja tanpa lesen warga tempatan serta pemilik perniagaan yang melanggar syarat lesen, termasuk menghalang laluan awam di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Menurut DBKL, operasi berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dengan kawalan keselamatan oleh pihak polis.

DBKL menegaskan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kesejahteraan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img