‘’Dia tinggal hang sorang-sorang’’ – luahan rakan pendaki maut di Gunung Liang

RAKAN Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, pendaki yang maut di Gunung Liang,Fahmi Pawzi turut meluahkan rasa kecewa jika benar kumpulan pendaki lain meninggalkan Allahyarham untuk mengejar pace atau kelajuan pendakian.

Katanya, beliau terkilan kerana mangsa didakwa ditinggalkan berseorangan hanya kerana kekejangan otot.

“Dia tinggal hang sorang-sorang sebab hang injured (cedera). Dia cakap dekat aten (isteri Allahyarham, Nur Faratin Mohd Othman), injured hang tu cramp. Aku ingat hang injured berat, patah ke, ACL (ligamen krusiat anterior), MCL (ligaman kolateral medial), PCL (ligamen krusiat posterior) semua.

”Sebab cramp je dia tinggal demi nak kejar pace dia. Betul ke dia kawan baik hang Mus? Dia cakap dia tak tinggal, kenapa dia sampai bawah dulu dah tau kaki hang sakit?,” soalnya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam.

Media sebelum ini melaporkan Mustaqqeem, 34, bersama 10 lagi pendaki memulakan pendakian mereka pada 10 Oktober di Bukit Fraser dan dijadual menamatkan ekspedisi di Gunung Liang.

Allahyarham kali terakhir dilihat berada di puncak Gunung Liang Barat bersama seorang lagi individu pada jam 10.30 malam, 14 Oktober.

Fahmi dalam perkongsian sama, turut meluahkan rasa sedih apabila melihat foto sahabatnya itu yang terbaring kaku di puncak Gunung Liang.

“Mus bila tengok gambar hang bawah beirut (tempat berteduh sementara) tu, nampak hang tutup kepala selubung badan penuh. Aku dengan cidot (rakan) teringat bila dalam bilik dulu hang tak boleh sejuk. Hang tutup selimut badan hang.

“Hang tak boleh sejuk dari dulu, macam tulah bomba jumpa hang. Daus cakap post mortem badan hang macam fresh sebab kawasan atas tu sejuk,” katanya.

Sementara itu, Polis telah merakam percakapan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Allahyarham  Mustaqqeem .

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, kesemua individu terbabit merupakan peserta dan rakan pendaki kepada mangsa yang menyertai misi pendakian tersebut.

“Baki tiga lagi pendaki yang turut serta dalam ekspedisi akan dipanggil kemudian bagi melengkapkan siasatan.

“Mereka dikesan pulang terus selepas tiba di kaki gunung disebabkan urusan kerja dan cuti,” katanya kepada Sinar Harian.

Suhaimi berkata, penganjur aktiviti pendakian itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, siasatan dijalankan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img