MAHKAMAH Tinggi Syariah Melaka, di Ayer Keroh menjatuhkan hukuman denda RM12,500 serta penjara 54 bulan ke atas pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi atas kesalahan melakukan liwat dan cubaan meliwat pada April lalu.
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Mohd Daud menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohammad Fahmi Kamarudin, 26, Muhammad Nabil Junaidi, 24, dan Meor Aliff Isqandar Meor Shaharudin, 21 mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pada sebutan kes berkenaan hari ini.
Bagi kes pertama, Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil masing-masing didenda RM4,500 dan penjara 30 bulan atas kesalahan melakukan liwat.
Kes kedua, iaitu cubaan liwat mereka bersama penuntut universiti, Meor Aliff Isqandar Meor Shaharudin, 21, masing-masing didenda RM4,000 dan 24 bulan penjara.
Abu Bakar memutuskan demikian selepas meneliti keseluruhan fakta kes, hujah pendakwaan dan rayuan ketiga-tiga tertuduh yang dikemukakan ketika didakwa kali pertama di mahkamah pada 1 Ogos lalu, lapor Berita Harian.
Beliau menetapkan pemenjaraan bagi Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan bermula hari ini, sekaligus mereka hanya perlu menjalani hukuman 30 bulan selain memerintahkan semua tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Namun, mahkamah memutuskan hukuman penjara diganti Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bercagar RM2,000 dengan seorang penjamin masing-masing berdasarkan peruntukan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah 1954 (Pindaan) 2022 (Akta A1600) dan hukuman asal kekal jika tertuduh ingkar.
Hukuman penjara 30 bulan dihadapi Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil diganti PKW selama 10 bulan, manakala Meor Aliff Isqandar pula dikenakan PKW lapan bulan dengan masing-masing diperintah melakukan kerja wajib maksimum empat jam sehari.
Mahkamah juga menetapkan semua tertuduh mendaftar di Pusat Kehadiran Wajib dan menandatangani akujanji pada hari ini juga.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Fahmi dan Muhammad Nabil didapati dengan sengaja melakukan liwat sesama sendiri di sebuah rumah di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Alor Gajah pada 11 April lalu dan didakwa mengikut Seksyen 56 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Semua tertuduh juga didakwa sengaja cuba melakukan liwat serta melakukan oral seks secara bertiga di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Batu, Bukit Sebukor, di sini, pada 27 Julai 2025 dan didakwa mengikut Seksyen 57 Enakmen sama.
Jika disabitkan kesalahan bagi kedua-dua seksyen, tertuduh boleh dimaksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya.

UNDILAH |